Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid
mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat,rakan taulan
dan jiran tetangga hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang
menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi
adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi mereka ialah adab
menutup aurat dengan sempurna,dengan kesopanannya dan sebagainya.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik sekali
dengan menutup aurat mereka khususnya yang perempuan
Alangkah indahnya ya kalau majlis penyatuan 2 hatiini disertai oleh
orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati.
Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari
yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya
disahkan oleh kadi.
Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.
Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah
sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya
hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah
muhrim kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang
bukan muhrim juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin,khususnya
yang perempuan...eeee malu lah ..
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi,
mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula? ..betul tak kata
saya ?
Apakah ada beza amalan agama kamu ketika majlis nikah dan ketika
majlis persandingan? Apabila ada beza aurat kamu kepada yang bukan muhrim
ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agama
kamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?
Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku
sekarang..sebelum ini,saya pernah terserempak dalam satu akad nikah yang
dijalankan pada petang hari itu..bila sahaja azan berkumandang pada petang hari
tu, langsung saja "blah" macam tu je ..eee macam ni agama kita diajar
? mana keislaman kita?
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya
menutup aurat kepada orang yang bukan muhrim setiap masa dan tidak kira di
mana-mana. Nasihat ini bukan khusus
untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang
terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal
suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan
juga pahala isteri ditanggung suami kamu. Usahlah menjadi suami yang dayus
dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan muhrim berkongsi melihat aurat isterimu.
sAlAm . .
ReplyDeletecAn ! cOpY U vERsE. . .????????
assalamualaikum..insyaallah boleh..nti follow blog ana ya..
ReplyDelete